Sunday, May 17, 2009

Melepaskan KEkecewaAn SilaM!!

selepas Kekecewaan di PErtandingan tersebut ... terus aku , ptit dan Skytrojan merepeatkan diri ke Sg.buah di Bukit Unggul.. hahah ini lah hasil nya

Image
sudah Cukup MEngubat jiwa Dan Lara ku ...huhuhuh

Besok nya pulak pegi Puchong Prima pulak .. hasil nya PB .. BAHAGIA Nya

Image

PerTanDingan MEmancing TOman Yang HAMPEH!!!

salam semua .. satu pertandingan memancing toman di Sekitar Cyberjaya hari sabtu yang lepas agak membosankan ....
sebelum ini salah seorang sahabat kita(ahli kaki pancing.net) telah mendapat telepon dari seorang Bos (pengelola) pertandingan Mancing tersebut mengatakan ' semua dijemput hadir di Cyberjaya semua umpan boleh pakai kecuali Anak ItIk ....bla..bla...bla'
Image
Image
Ini menarik minat Caster-caster yang ingin menduga ikan tersebut..Tetapi kesudahanNya Hampeh !!! Para- Para Caster yang Hadir amat kecewa kerana:

A) Tiada tempat untuk melempar Gewang..
B) Di Monopoli oleh KAKI BOTTOM..
C) Sikap Urusetia Yang KOYA Bagus(GaRang menGalahkan Polis).
D) Sikap Pemancing BottoM yang Tak sporting !(KENE Marah Sebab Kacau Tempat Dorang )

Kesan Dari masalah di atas menyebabkan kami (para caster) meluat, menyampah dan Geram dengan pertandingan tersebut ..

Kenapa Nasib kami sedemikian Rupa ...

1)Adakah golongan seperti kami ini tidak layak untuk masuk pertandingan memancing yang di anjurkan?
2) Adakah golongan seperti kami ini bukan memancing?
3)Kami bayar kurang ker?

Perkataan Sabar sahaja yang dapat dilemparkan dari mulut urusetia tersebut ! bukan saya sahaja yang menerima nasib demikian malah berpuluh- puluh lagi yang lain juga menanggung nasib yang sama..

Lain kali kalau nak buat 'BaNNER' atau "BunTing" atau 'IkLan' bagitau yang siap siap yang pertandingan ini hanya BOTTOM sahaja Kaedah lain tak Boleh!!!

Adakah pertandingan Toman Memancing Di malaysia ini untuk KaKI Bottom Sahaja ...

Tolong lah Amik Perhatian Kepada Pihak yang Terbabit. Tolong jangan Nak Kaut UNTUNG SAJE Pikir lah Nasib- Nasib kami ...Dan ToLong Lah amik iktibar dari Kesilapan Yang Sudah ..Buat kajian Balik ... TOLONG Lah KAMI jugak untuk SuKAN yang kami Amat minati ini... Bangkit lah Wahai Caster-caster demi menegakkan sebuah Keadilan Yang INDAH

Tuesday, May 12, 2009

MaRi2 MembersihKan Sungai!!







“MINI NATIONAL RIVER CLEANING”

Anjuran Kakipancing.Net Dan KAGUM
7 June 2009



Semua Forumer serta keluarga adalah dijemput bagi sama sama menjayakan aktiviti ini. Kepada individu yang berminat diluar sana, kami mengalu alukan penyertaan saudara dan saudari semua.

Tarikh: 07 June 2009 (Ahad) / 13 Jamadilakhir 1430H
Tempat: Kawasan Perkelahan Sg Pinang,KM 12 Jln Genting - Batang Kali (Sungai angkat KPN)
Tempat Berkumpul: Station Minyak Petronas(Sebelum simpang ke Ulu Yam)
Waktu Berkumpul: 7.30am

Aturcara Majlis:
8.00pg ~ 9.00pg - Ketibaan Peserta dan tetamu khas dari KAGUM
9.00pg ~ 9.20Pg - Ucapan Perasmian
9.20Pg ~ 10.00Pg – Pertandingan melukis untuk kanak kanak
10.00pg ~12.00tgh – Acara pembersihan Kawasan
12.00tgh – Majlis Penutup serta penyampaian hadiah
1.00pm – Penanaman pokok bunga
2.30pm - Bersurai

Sumbangan:
Forumer: RM10.00
Bukan Forumer: RM5

Sumbangan ini adalah bagi menampung perbelanjaan untuk membeli beg plastic, Sarung tangan getah, Air minuman serta beberapa perkara asas untuk tujuan aktiviti tersebut.
Tolong jelaskan pembayaran sebanyak RM10.00 seorang (dewasa sahaja) ke:
No account : 1622-7266-7469Maybank Mohd Aidil Abu Bakar
Sila confirmkan pembayaran dengan menghubungi Aidil ditalian 012-3989741 atau 013-6200488
Selewat lewatnya Hari Jumaat 03 June 2009 supaya pembelian barang keperluan serta membuat bena dapat disegerakan secepat mungkin. Harap dapat kerja sama dari semua.....


Motto:
KPN River Cleaning pada musim 2009 ini akan membawa Motto “ HARI ESOK UNTUK SI KECIL”

Yang berusaha
Shahbudin@Dinrias.

http://www.kakipancing.net/viewtopic.php?f=59&t=5240
kalau tak percaya sila layari di alamat tersebut.

'Kakipancing.net akan membuat satu kerja amal iaitu membersihkan sungai .. so kalau korang nak join jangan luper bagitau aku atau masuk sendiri www.kakipancing.net tak rugi pon kalau korang join'

hari minggu yang SEraM!!


Keperitan Final Year Project(thesis) , di tambah pulak dengan 'Finishing School' .. Program yang sememang best! kalau betul hayati .. tapi bagi pendirian aku .. bagi student yang baru jer abis final year + Thesis( xSiap). masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. This my opinion , hari nie hari first sampai 17hb .. tahan je lah ... dapat duduk kolej tapi malas lah .. dari sekolah duduk asrama .. boring gile ..anyway UiTM you are the best ...

'UiTM Di Hati ku'

Sunday, May 10, 2009

In tHe END!!


SALAM .. tepat pukul 515 petang , ada lah minit- minit terakhir aku untuk menyiapkan Jawapan Soalan FIN540 .. pergh ... syukurlah .. boleh jawap ...Teng2....

'I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter'

linkin park- in the end

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!

selama 5 tahun diri ini mencari ilmu .. dan akhir nya ..UiTM tetap di hatiku ... Tunggu result je ...

Thursday, May 7, 2009

Fly Fishing , Seni TiaDa Ke penghujung..



Hari yang sungguh bertuah , best nye memancing sehingga terlupa hendak balik ...
memancing adalah satu hobi yang ada pada setiap orang ..
tengok bola , main bola malah korek idong pon boleh dikatakan hobi...

Hari selasa , kat bukit bandaraya Shah Alam pergi seorang diri hanya berteman kat rod Ross Worldwide dan reel pleuger 'Medalist'. Di sambung pula dengan tali Scientific Angler( Slow sinking 50m) , diperkuatkan dengan tippet 8lb.. sungguh mengujakan apabila menaik kan BaBy Toman...

Tempat yang sama .. sekali aim kat tempat tuh , Peacock Bass mengejar flies(clouser minnow) aku , 4 kali cast akhirnya pb berjaya di darat kan .. ini adalah pb yang terbesar sepanjang kerjayaku sebagai fly fisher ...sesiapa nak join jom!!!! 'MANA LAGI KALAU BUKAN DI

Sunday, May 3, 2009

Just one to Go !!!!

alhamdullillah .. setelah berhempas pulas otak ini untuk paper Agr 658 Farm Machinery Management..
sudah masa nya untukk kite merehat kan diri...
so lepas nie ada gap seminggu untuk study Financial plak ..
di harapkan soalan nye tak sesusah mana ...
Harapan segulung ijazah Masih tinggi..
Syukurlah ...

Friday, May 1, 2009

Novel Menghilangkan Stress


Wahahaha di saat genting menghadapi peperiksaan .. Sempat jugak mengurangkan stress yang berserabut di seluruh benak pemikiran ku...

Novel Mikhail di beli sewaktu singah sebentar di PWTC , pada waktu dan saat itu 'pesta buku antarabangsa ' diadakan ..

tanpa menghiraukan orang yang berpusu2 untuk masuk kesitu . aku terus berlari- lari anak ke ALAF21 untuk melihat novel yang dikarya oleh RAMLEE AWANG MURSHID. untuk melihat novel yang terbaru ..NAmum penulis itu tidak pernah mengecewakan.

Satu tahun satu Novel. Penulis ini tidak lokek untuk menyampai info info yang berguna yang kerap di pandang enteng oleh semua orang malaysia.

Mikhail mempunyai jalan cerita yang menarik , plot plot cerita yang mengabungkan unsur-unsur global, agama, ketimuran dan di tambah pula dengan unsur2 thriller yang menakjubkan . sehingga darah yang pekat lagi hanyir memgalir dari kedua-dua lubang hidungku ..

Kepada semua peminat novel . jangan lupa mendapat novel MIKHAIL. 'jangan biar pembunuh itu membunuh anda dengan kejam'

Last 2 Papers..

Sakit kepala memikirkan pasal 2 lagi kertas peperiksaan aku .. Kesemua sel-sel neutron di otak ku seakan- akan berhenti merembes kan asid untuk mengawal kesakitan di kepala ku ..

keperitan di tambah dengan carry mark yang tak lepas dari target .. adoi , hari makin dekat. bahang kian terasa menyelinap ke seluruh tubuh badan ku , mengakibatkan sesemua organ terbesar di tubuh badan ku iaitu kulit kering dan terus menjadi abu ...

Ya ALLAH tolong2 lah Hamba- hamba mu ini .. amin ..GraD ON Time.. hopefull!!!